Pages

Tuesday 5 February 2013

Andai Dia Pergi Dulu Sebelum Mu..

Sumber dari: Ust Pahrol Mohd Juoi

Andai Dia Pergi Dulu Sebelum Mu...

Andai dia pergi dulu sebelum mu, Sapulah airmata dan teguhkanlah jiwa..Kita yg masih hidup perlu menyambung perjuangannya..Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa..Namun bersederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula..Katakan pada diri, ya..Kau telah pergi, pergi bersama doa ku..Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hatimu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan..Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu..Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu..Oleh nukilan doa isteri yang solehah..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walaupun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah..Kini kita berpisah untuk bertemu..Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah..Syukur kau ditakdirkan merasai mehnah Illahi - tradisi hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuk kan lah dirimu..Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih..Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain..Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan..Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran..Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah..diadukan kesedihan kepada Allah..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisik kan ke dalam hati mu yang paling dalam..Dia bukan milikku..Dan aku pun bukan miliknya..Pemilik segala ialah Al Malik..DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya..Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah..Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki..Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi..tapi katakan padaku sentiasa ada pemerhati..

No comments:

Post a Comment