Pages

Monday 25 March 2013

Aku Maafkan..

Assalam...

Semoga hari ini dan hari2 seterusnya aku akan lebih gembira dan diberkati Illahi..hari ni dengan rasa rendah diri aku maafkan mereka2 yang telah menyakiti hati aku sebelum2 ni..sebagai manusia biasa yang xlepas dari melakukan kesalahan, aku anggap perkara ini adalah lumrah kehidupan..manusia memang sentiasa diuji keimanan mereka..yang membezakan antara manusia yang beriman atau tak adalah tindakan mereka dalam menangani pelbagai masalah dan cabaran sahaja..syukur Alhamdulillah, Allah telah bukakan hati aku untuk memaafkan mereka2 itu..dengan harapan agar kejadian ini memberi pengajaran dan peringatan buat mereka..

Hari ni jugak aku rasa sgt bersemangat nk wat keje sbb da ziarah pusara arwah suamiku..semalam dan sabtu aku tak dapat ziarah seperti kebiasaan yang aku lakukan kerana tuntutan tugas..Alhamdulillah harini Allah mudahkan segala urusanku..satu perasaan yang sangat tenang dan mendamaikan sebaik kaki aku memijak tanah perkuburan tersebut...sungguh aku rindukan suami aku..setiap hari aku tertanya2 bila waktunya untuk kami bertemu semula..semoga Allah mendengar setiap doaku dan Insya Allah satu hari nanti kami akan dipertemukan semula..aminnn...

No comments:

Post a Comment