Pages

Tuesday 9 April 2013

Think Positive....

Assalam..

Maaf sebab blog terpaksa di 'lock' buat sementara waktu dalam tempoh bertenang...fuhhhh..berblog pun ada tempoh bertenang ka??? hehehe..seperti entri trdahulu, aku ade maklumkan yg aku telah buat 1 keputusan yang sangat drastik dan mengejutkan ramai orang especially my friends...surat perletakan jawatan aku da pun sampai kt tangan big boss..actually sebelum surat tu sampai lg boss aku da tau coz aku ade whatsapp dia..boss aku tu mmg sgt concern..berpuluh2 gak whatsapp yg masuk dr dia..macam2 yang dia tny and nasihat...xkurang jugak dr anak2 buah aku and kawan2 yang rapat..semuanya bertanya kenapa perlu letak jawatan...pada mereka cukuplah aku katakan aku bosan dengan suasana kt tpt keje aku..yg tak pernah berubah dan aku yakin xkan berubah sampai bila2 selagi dalam hati ada perasaan dengki, iri hati, sombong dan xnak terima teguran. Bagi aku, aku boleh terima sebarang teguran kalu ianya teguran yang bersifat membina..kalu aku yg salah, aku bleh terima apa2 nasihat dan teguran dari mereka2..cuma aku terkilan bila niat aku disalah tafsirkan oleh mereka2 yang merasakan diri mereka hebat dan bagus..xpelah, nak buat cmne kan..redha je lah..dan aku tringat sepotong ayat 'Allah takkan merubah sesorang kecuali dia sendiri yang berubah'...betul la tu..macam2 cara yang kita buat kalu individu itu masih dengan sifat negatif xguna jugak kan...

Rabu lepas aku pergi ke satu tempat di negara orang..saja -saja untuk melepaskan penat dan release tension..sambil berfikir tentang masa depan aku..tanpa sebarang gangguan..telefon sengaja aku matikan..utk beri ruang dan peluang kepada diri aku bermuhasabah dan memikirkan perjalanan aku yang masih panjang..sebelum pergi ke tempat itu, aku terima whatsapp dari big boss...'Harap sangat utk pertimbangan..selamat dlm perjalanan. Moga Allah berkati dan kembali meneruskan cabaran di LUAS. Mereka akan ketawa melihat kelunturan semangat...' aku hanya mampu balas terima kasih dan aminnn...balik dari tempat itu, aku terima lagi whatsapp dari boss..'Surat masih dalam simpanan saya..ramai yang akan ketawa dan tindakan resign menjadikan lemah dan dinantikan oleh mereka..' selain dari boss, aku terima whatsapp dari kawan2 yang lain juga..xkurang juga yang datang n jumpa aku personally..sampai ada yang hampir menitiskan air mata bila aku katakan aku tetap dengan keputusan tersebut..mereka masih cuba untuk memujuk dengan pelbagai kata nasihat..aku sangat hargai keperihatinan mereka terhadap aku..pada mereka aku katakan, aku perlukan sedikit masa untuk berfikir semula..pada boss juga aku katakan yang sama..

Berbekalkan semangat dan sokongan dari mereka2 yang ada di sekeliling aku, aku buat keputusan yang tekad dan muktamad..memikirkan tanggungjawab aku pada kerja yang telah diamanahkan, aku whatsapp pada mereka..'Decided to stay at LUAS n keen to assist LUAS to achieve our mission with support from my beloved friends who always be there when i need them..' Hasilnya...banyak whatsapp yang aku dpt dr mereka termasuklah boss aku..aku tau, aku bukan yang terbaik tapi bak kata boss aku..'Teruskan perjuangan. Biar manusia xsuka tp yang penting Allah suka dan redha serta diberkati'...Alhamdulillah, kerana Allah telah bukakan jalan buat aku dalam menentukan keputusan yang harus aku pilih..Insya Allah, dengan semangat baru ini aku akan teruskan cabaran di tempat kerja aku sekarang..biarlah mereka2 dengan cara mereka..biarlah mereka terus mengata atau membenci aku..aku xde kuasa utk menghalang mereka dari terus berperasaan begitu..yang mampu aku katakan...BUKAN DIORANG YANG BAYAR GAJI AKU!!!!! dalam hati aku hanya mampu berdoa agar satu hari nanti semua ini akan berakhir...pada mereka, aku mohon ampun seandainya aku ada melukakan hati mereka..sejujurnya aku telah maafkan mereka ikhlas dari sanubari aku..setiap malam sebelum tidur aku sentiasa memaafkan mereka yang menyakiti hatiku sama ada yang aku sedar maupun tidak kerana aku takut aku xsempat untuk memaafkan mereka..bimbang ajalku tiba di kala aku sedang nyenyak diulit mimpi..aku mengharapkan agar mereka juga begitu..sentiasa memaafkan dan sentiasa berfikiran positif..Hidup ini tak lama..kematian sentiasa menghampiri kita setiap saat...xsalah kalu kita sentiasa bermaaf2an..Allah akan memuliakan hambanya yang sentiasa memberi maaf dan menjaga silaturrahim..itu yang sentiasa aku ingat..Insya Allah..






No comments:

Post a Comment