Pages

Friday 17 May 2013

Persiapan kenduri..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, hari ni masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa utk terus bernafas di bumi yang semakin tua ini..syukur padaNYA kerana masih beri ruang dan peluang kepada kita utk terus bermuhasabah dan memperbaiki diri sebelum dijemput utk kembali menghadap Illahi..

Kalau post sebelum ni aku ada sebut da setahun arwah tinggalkan aku..so kali ni just nk share sedikit persiapan yang sedang aku lakukan utk kenduri tahlil pada 8 Jun nanti..kenduri tahlil ni aku dan keluarga aku buat sekali dengan aqiqah anak sedara aku..Muhammad Khairul Hafiz bin Saifuddin..iaitu anak kakak aku..actually thn lepas da pernah buat..tp thn lepas just aqiqah kan seekor kambing..so thn ni buat lg sekor..mmg kakak aku plan cmtu..nk bg fair katenya..ialah, sbb buat yg thn lepas tu kt umah mak mertua dia..so lg seekor buat kt umah ibu kami pulak..nk buat thn lepas tp xberkesempatan..tambahan pulak thn lepas bleh dikatakan tahun yang agak sedih bagi kami sekeluarga..sebab beberapa org yang paling hampir dan rapat dgn kami telah pergi buat selama-lamanya..termasuklah arwah suami aku..

Pembahagian tugas da dilakukan oleh kakak aku..so aku telah ditugaskan utk penyediaan khemah tetamu dan khemah utk bacaan Yassin dan Marhaban..satu lg tugas aku ialah penyediaan 'berkat' atau bahasa mudahnya 'goodies bag'..hal khemah da selesai...Alhamdulillah, mungkin rezeki kami sekeluarga, khemah aku dapat FOC..aku minta 3 buah khemah beserta pangkin utk jemputan dr Tahfiz bagi bacaan Yassin dan tahlil..masa aku tanyakan harga, terus hamba Allah ni ckp, FOC..Alhamdulillah...syukur padaMU Ya Allah..tak sangka masih ada lagi org yang berhati mulia macam dia..semoga perniagaan dia akan terus berkembang dan maju..Insya Allah...

Utk goodies bag pulak, masih 10 % persiapannya..hahahah..xpe..masih ada masa lagi utk selesaikan..apa yang aku da buat cuma beli kertas sticker saiz A3 utk 'Thank You Tag'..design, Insya Allah adik Fara akan buatkan utk aku weekend ni..paper bag nye, aku xbeli pun lagi...next week cadangnya..rasanya xperlu beria2 sgt sebab bukan nk wat wedding ceremony pun kan..lebih kepada acara keagamaan..so wat as simple as i can la kan..lagipun, org akan buang gk bag tu..cuma amik isi dalamnya aje kan..utk menu kenduri pulak, dipertanggungjawabkan kepada ibu, ayah n kakak aku sendiri..menunya kalu xsilap aku ibu ckp nk wat nasi kabuli..aku pun xtau cmne rupe nasi tu..hehehe..menu lain, kari kambing, ayam goreng dan masak merah n sayur..utk dessert, aku cadang nk wat chocolate moist mini cup cake..cheese tart @ fruit tartlet tu pun ada dlm rancangan aku..tp tgk keadaan nanti..da setahun kot aku xbuat..sejak arwah pergi, aku mmg da xwat kek, tart, apam polkadot apatah lagi nak memasak..mmg mood memasak totally hilang..xtau la bila mood tu akan datang balik...

So, itu saja kot cite kali ni..apa yang penting, pahala bacaan Yassin dan Tahlil tu sampai kepada si penerimanya..dalam majlis ni, kami mohon agar pahala itu sampai kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga baginda, para sahabat baginda, arwah suami aku, arwah wan , maklong, along boy, pakndak, atok n semua muslimin dan muslimat yang telah pergi terlebih dahulu..aminn...

No comments:

Post a Comment