Pages

Tuesday 5 February 2013

Rezeki Yang Tidak Disangka2..

Assalam...

Percaya atau tidak, kadang2 kita selalu terima rezeki yg x disangka2..rezeki ni boleh dlm pelbagai bentuk..sama ada wang ringgit, makanan, barangan dan macam2 lg lah..semuanya dtg dari Allah SWT..rezeki tak pernah salah alamat..yg penting kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan..jgn mudah lupa diri..

Tips utk murahkan rezeki ada banyak..tapi yg paling senang utk kita amalkan:


  1. Setiap pagi sebelum keluar bekerja, jgn lupa doakan kedua ibu bapa kita..paling tidak pun cukup dengan sedekahkan Al Fatihah utk mereka..tidak kira mereka masih ada lagi di dunia atau sudah kembali bersama Maha Pencipta..
  2. Rajin bersedekah..sedekah ni boleh dalam pelbagai bentuk juga..xkira wang ringgit hatta sebiji kurma sekalipun...kita kena ingat yang Allah pasti akan menggantikan kembali setiap apa yang kita infakkan dengan niat ke jalan Allah..tp niat kena betul..sedekah bukan kerana utk mengharapkan ganjaran/balasan dari Allah semata2..tp kerana nak bantu sesama muslim..
  3. Gembirakan hati kedua ibu bapa kita..mereka x minta wang ringgit dari kita tp cukup dengan kehadiran kita di sisi mereka..mana yang ibu bapa nya jauh di kampung, peruntukkanlah sedikit masa utk berhubung dengan mereka..zaman sekarang kan zaman moden..byk cara yg kita bleh guna utk call mereka..
  4. Amalan wajib jgn tinggalkan..kita perlu sentiasa ingat Allah SWT xkira semasa kita senang mahupun susah..barangsiapa yg mengingati Allah saat ia senang, nescaya Allah akan mengingatinya saat ia susah..
  5. Amalkan membaca Surah Al Waqi'ah ( Surah ke 56, Juz ke 27) setiap malam.

No comments:

Post a Comment