Pages

Thursday 7 February 2013

Terkejut...

Malam ni trgerak hati aku nk tulis entri ni gune laptop arwah..sblm bukak blog ni aku dok godek2 laptop dia...tgk segala folder yg ade..sungguh aku xsangka arwah ade buat satu folder khas utk lagu2 kesukaan dia 2 minggu sblm dia pergi..bile aku scroll down list lagu2 tu, rupe2nya byk lagu yg dia pernah bg kt aku sejak zaman bercinta sampailah lagu yg terakhir dia bg beberapa bulan sblm dia tinggalkan aku..

Dan yg paling aku terharu, ade satu folder yg tertulis nama aku..semua tentang aku dia masukkan dlm folder tu..patutlah beberapa hari sblm dia pergi dia leka mengadap laptop ni..bile aku tny, dia cume senyum je..rindunya kt dia...esok hari Jumaat..dan setiap hari Jumaat aku akan rs sayu..sbb ia akan mengingatkan aku pd kejadian di mana dia pergi meninggalkan aku buat selama2nya...ya..dia pergi pada hari Jumaat..pada saat aku belum bersedia utk ditinggalkan..dia pergi terlalu mengejut..bukan aku saje yg sukar terima kenyataan itu..tetapi seluruh ahli keluarga dan rakan2 terkejut dengan berita itu..

Sblm dia menghembuskan nafas terakhir aku cume sempat dgr dia ckp sakit sambil tunjukkan dada dia pd aku waktu aku sampai kt hospital waktu itu..aku cume mampu tenangkan dan usap kaki dia sebelum doktor arahkan aku keluar..itulah detik terakhir aku bercakap dgn suami aku..kerana selepas itu, doktor hny panggil aku utk bisikkan kalimah Syahadah di telinga dia..sedangkan pd waktu itu, dia sudah pun kaku..hny doktor dan nurse yg bertungkus lumus cube utk selamatkan nyawa dia dgn bantuan pelbagai mesin..sedih dan luluh hati aku waktu itu hny Allah sj yg tahu..lemah longlai rs kaki hingga xmampu lg nk pijak bumi ni..sebelum tu doktor da maklumkan keadaan arwah amat kritikal..50-50 kata doktor..ms tu aku pasrah dan redha sekiranya perkara buruk bakal berlaku..dan xsangka apa yg plg aku takuti benar2 berlaku..sungguh aku terlupa ucapan pasrah dan redha yang aku ucapkan sebelum tu..aku bagaikan hilang pertimbangan..

Syukur lah kerana saat ini aku sudah mampu utk bangkit semula..biarpun masih bersedih dengan kehilangan itu, tp aku yakin, arwah juga x nak lihat aku terus2an menangisi pemergiannya..apa yg dia harapkan adalah doa dari seorg isteri utk suaminya yg telah pulang menemui penciptanya..sungguh aku xterdaya utk  melawan takdir ini..yg telah tertulis utk aku..dan pusara dia kini menjadi rumah kedua aku..aku tetap gagahkan diri meskipun dalam hati ini hny Allah sj yg tau saat aku berkunjung ke sana..sbb dgn cara itu sj aku mampu lepaskan rindu aku..sejujurnya, kalu aku x ziarah pusara dia walau dlm tempoh xsampai 2 hari, arwah akan muncul dlm mimpiku..seolah2 dia turut merinduiku..

No comments:

Post a Comment